suria

Mayat Hangus Dalam Kereta Di Ladang Kelapa Sawit

JOHOR BAHARU: Satu mayat yang hangus terbakar ditemui dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit dekat Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin berkata mayat yang lebih 80 peratus sudah terbakar itu ditemui seorang pekerja ladang kira-kira 10 pagi selepas terlihat sebuah kereta Proton Satria yang hangus di ladang itu.

"Mayat berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang. Polis belum dapat mengenalpasti jantina dan identiti mangsa kerana keadaannya yang telah hangus," katanya ketika dihubungi, di sini.

Roslan berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke ladang tersebut dan dibakar di situ bersama kereta.

Beliau berkata polis sedang menyiasat terperinci kes itu termasuk mengenalpasti identiti mangsa.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersabit membunuh, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain