Awas! Bahan Terkawal Dijual Dalam Bentuk Kandi dan Kopi - Semasa | mStar

Awas! Bahan Terkawal Dijual Dalam Bentuk Kandi dan Kopi

PETALING JAYA: Pelbagai produk yang merupai coklat atau kopi dengan balutan yang tertera kata-kata yang menjanjikan kekuatan luar biasa didapati memenuhi pasaran dan boleh membahayakan kesihatan.

Tinjauan The Star mendapati, terdapat sindiket yang memperalatkan produk berbentuk makanan atau suplemen untuk mengelabui mata pengguna dengan menjanjikan kekuatan yang luar biasa sedangkan ia mengandungi bahan-bahan yang dikawal seperti Cialis, Viagra dan Levitra.

Ketiga-tiga bahan tersebut digunakan untuk meransang seksual lelaki.

Dalam pada itu, ubat-ubatan seperti tadanafil, sildenafil dan verdenafil juga adalah bahan terkawal dan jika digunakan tanpa nasihat pakar perubatan boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan.

Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, terdapat sindiket yang menambah bahan-bahan ini ke dalam produk-produk berkenaan khususnya produk ubatan tradisional yang digunakan untuk menambah atau merangsang kebolehan seksual lelaki.

"Oleh kerana kawalan kami ke atas bahan-bahan ini sangat ketat sindiket berkenaan telah mengubah taktik dengan memperalatkan bahan makanan tambahan atau suplemen untuk mengelabui mata masyarakat," ujarnya.

Sepanjang tempoh dua tahun ini, Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal Kementerian telah menemui pelbagai bahan terkawal yang dilarang di dalam produk-produk makanan untuk merangsang kekuatan seksual lelaki.

"Pada tahun 2009, kami telah merampas pelbagai produk yang mengandungi bahan-bahan ini bernilai lebih RM600,000 yang menganduni pelbagai bahan-bahan perangsang seks dan kebanyakkannya dijual dalam bentuk ubat-ubatan tradisional.

"Jumlah ini didapati meningkat dengan mendadak pada tahun 2010 apabila kami merampas produk-produk seumpama itu bernilai lebih RM3.8 juta," ujarnya lagi.

Hatta juga berkata, trend ini berterusan pada 2011 dengan rampasan bernilai RM2.7 juta setakat ini.

Bahan-bahan ini boleh mengancam nyawa jika ia diambil tanpa nasihat doktor atau pakar perubatan khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah jantung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain