Pusat Pemutihan 6P Di Buka 24 Jam - Semasa | mStar

Pusat Pemutihan 6P Di Buka 24 Jam

KUALA LUMPUR: Empat Pusat Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) Cawangan Pusat Setempat (OSC) akan beroperasi 24 jam mulai Jumaat bagi melancarkan proses program tersebut.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata KDN mengambil inisiatif dengan mewujudkan OSC baru bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi orang ramai ketika menjalankan urusan.

Mahmood berkata dua OSC akan dibuka di Putrajaya iaitu di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Presint 2 dan Pejabat Imigresen (Cawangan Pasport) Presint 15.

Manakala masing-masing satu cawangan di Kompleks KDN Jalan Duta serta Pejabat Imigresen cawangan Pelabuhan Klang, Jalan Depoh, Seksyen 15.

"Cawangan tersebut bakal memulakan perkhidmatan esok sehingga tarikh tamat pendaftaran program Pemutihan 6P pada 10 Jan depan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata pembukaan cawangan tersebut bertujuan memberi kemudahan kepada semua pihak khususnya majikan dalam menguruskan permohonan berkaitan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) tanpa perlu hadir ke ke Pusat Operasi Utama di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya.

"Urusan tersebut antaranya permohonan ID untuk pihak majikan mengemaskini Data PATI, permohonan Surat Makluman kepada pihak kedutaan, pemprosesan permohonan pengambilan pekerja asing, pembayaran levi serta pengeluaran Surat Kelulusan Pemutihan menjelang tarikh akhir iaitu 10 Januari tahun hadapan itu sebaliknya boleh dibuat di OSC," katanya.

Beliau menggesa pihak majikan supaya bertindak segera dengan tidak menunggu saat akhir untuk berurusan dalam program Pemutihan 6P ini.

Mahmood juga berkata tiga OSC yang sedia ada di Pusat Pemutihan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Kompleks KDN Johor Baharu dan Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang akan turut beroperasi 24 jam mulai Khamis sehingga 10 Jan ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Proton Lanjut Kempen Tali Pinggang Belakang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain