suria

Pos M'sia Lantik CEO Baru

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kumpulan (Perancangan Korporat) DRB-Hicom Bhd, Datuk Khalid Abdol Rahman, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia Bhd, berkuatkuasa 1 Januari ini.

Khalid memiliki Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi Mara, ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dari Indiana State University, Amerika Syarikat dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari University of New Haven, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dan memegang pelbagai jawatan dalam DRB-Hicom sejak 2006, setelah meninggalkan Tradewinds Corporation Bhd yang menyaksikan beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Perancangan Korporat dan Pembangunan Perniagaan dari Januari 1997 hingga Julai 2006.

"Khalid akan bertanggungjawab bagi pembangunan dan pelaksanaan hala tuju strategik bagi pertumbuhan dan pembangunan Pos Malaysia pada masa akan datang," demikian menurut satu kenyataan dari Pos Malaysia pada Jumaat.

"Beliau akan bekerjasama rapat dengan ketua pegawai operasi unit-unit perniagaan strategik, ketua unit operasi dan sokongan serta anak-anak syarikat kumpulan itu, untuk memberikan bimbingan dalam meningkatkan kecekapan dan membina sinergi di seluruh Pos Malaysia dan Kumpulan DRB-HICOM," jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berikut

Abdul Aziz Dipelawa Sertai PAS

Artikel Lain