suria

Lebih 500 Majikan Banjiri Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya

PUTRAJAYA: Lebih 500 majikan membanjiri Ibu pejabat Imigresen di sini Khamis bagi mendaftarkan pekerja asing mereka di bawah Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Ia secara tidak langsung menyebabkan kaunter pendaftaran program 6P di sini menjadi sesak.

Mereka berpusu-pusu ke ibu pejabat itu sejak 8.00 pagi.

Difahamkan, kesesakan berlaku berikutan khabar angin yang mengatakan 31 Dis sebagai tarikh akhir bagi mendaftar pekerja asing di bawah Program 6P, sedangkan tarikh akhir sebenar ialah 10 Jan depan.

Lebih 40 anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dari Bukit Aman hadir bagi mengawal keadaan di situ.

Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid ketika dihubungi berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pendaftaran itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Abdul Aziz Dipelawa Sertai PAS

Artikel Lain