suria

Reman Ahli Perniagaan Yang Dikaitkan Dengan NFC Dilanjutkan Sehingga Esok

KUALA LUMPUR: Reman ke atas seorang ahli perniagaan yang sebelum ini dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang sepatutnya berakhir pada Khamis dilanjutkan sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes penipuan.

"...kita (polis) tahan beliau 26 Dis lepas," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini Khamis.

Laporan akhbar menyebut suspek lelaki itu, yang direman lima hari bermula 22 Dis bagi membantu siasatan kes NFC oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah dibebaskan namun ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan projek stesen minyak.

Isu NFC berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang. - BERNAMA

Artikel Lain