Nga Kor Ming Terima Ugutan Bunuh, Peluru Hidup - Semasa | mStar

Nga Kor Ming Terima Ugutan Bunuh, Peluru Hidup

IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh serta sebutir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke alamat rumah ibunya di Ayer Tawar, kira-kira 70 kilometer dari sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Ahmad Termizi Abdul Haq berkata Nga bersama peguamnya dan pemimpin DAP lain membuat laporan polis pada 10.30 pagi tadi.

"Walaupun laporan telah dibuat di sini, tetapi siasatan akan dilakukan oleh Balai Polis Ayer Tawar di mana kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Sementara itu, Nga berkata beliau membuat laporan polis kerana surat tersebut mengandungi ugutan jenayah yang mengancam keluarganya.

"Tidak wajar ugutan diterima oleh ibu kerana dia tidak terlibat langsung dalam politik.

"Ini kali pertama saya terima ugutan bersama peluru hidup ini. Surat ini dipercayai dari Manjung berdasarkan cop pada sampul surat berkenaan," katanya.

Nga, juga Anggota Dewan Undangan Pantai Remis, berkata beliau memandang serius perkara itu dan meminta jika terdapat sebarang selisih faham dengan mana-mana pihak, ia perlu diselesaikan secara demokrasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain