suria

Mayat Reput Ditemui Di Rumah Kosong Di Kangar

KANGAR: Mayat seorang lelaki yang reput ditemui dalam timbunan sampah sarap dalam sebuah rumah kosong di Kampung Kubang Arang dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat lelaki dewasa itu ditemui seorang pesawah pada 10.30 pagi yang terbau busuk dari arah rumah yang separuhnya terbakar dua tahun lepas.

Polis belum mengenal pasti identiti lelaki itu yang dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu.

"Setakat ini, kes itu dikategorikan sebagai kematian mengejut tetapi siasatan akan turut dijalankan sama ada terdapat unsur jenayah," kata Abdul Rahman. - BERNAMA

Artikel Lain