suria

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Ranau

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an rentung dalam kebakaran di Ranau malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rudy Mekii berkata kejadian berlaku di rumah mangsa yang dikenal pasti sebagai Hamidul Abdullah di Kampung Menteki Mesilau.

Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 malam dan lima anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tiba di tempat kejadian 25 km dari pekan Ranau, hampir satu jam kemudian disebabkan jalan yang sukar dilalui.

Mekii berkata api dapat dipadamkan setengah jam kemudian tetapi rumah kayu itu musnah sepenuhnya. - BERNAMA

Artikel Lain