SPRM Dalam Proses Siapkan Kertas Siasatan NFC - Semasa | mStar

SPRM Dalam Proses Siapkan Kertas Siasatan NFC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata kertas siasatan itu akan dihantar kepada pihak pendakwa raya setelah siap.

"Kita tidak menutup kertas siasatan ini walaupun suspek telah dibebaskan setelah remannya oleh pihak kami tamat semalam.

"Tetapi sekarang ini kita memberi ruang kepada pihak polis untuk menyiasat suspek berhubung satu kes penipuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa. Laporan akhbar menyebut suspek lelaki berusia 45 tahun itu, yang direman lima hari sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes NFC, telah dibebaskan namun ditahan semula oleh polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan projek stesen minyak.

Mustafar berkata pegawainya sedang mengumpulkan maklumat daripada semua aspek yang boleh membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau berkata ini termasuk mendapatkan maklumat daripada pusat pemprosesan pusat (CPU) dan empat sampul surat besar putih, dipercayai mengandungi dokumen lain yang diambil dari pejabat NFC di Solaris Mont Kiara dekat sini Jumaat lepas.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany ketika dihubungi berkata suspek kini ditahan reman sehingga 29 Dis bagi membantu siasatan kes penipuan tersebut.

Isu NFC berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tahun Baru 2012 Bakal Disambut Meriah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.