Polis Tahan 2 Lelaki Selepas Kejar Kereta Hampir 30 KM - Semasa | mStar

Polis Tahan 2 Lelaki Selepas Kejar Kereta Hampir 30 KM

KULIM: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah selepas mengejar kereta suspek lebih 30 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Dua/Bertam, Pulau Pinang hingga ke Padang Serai dekat sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Soo Song berkata, kedua-dua suspek diberkas ketika cuba memboloskan diri daripada ditahan polis setelah kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas di tepi jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Padang Serai kira-kira pukul 7 pagi tadi.

"Seorang daripada suspek tersebut dikatakan mengalami kecederaan ringan setelah bertindak agresif melawan anggota polis ketika hendak diberkas dan kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan di lokap Balai Kulim di sini untuk siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya sebelum itu, kira-kira pukul 6.30 pagi kedua-dua suspek dikatakan tidak berhenti pada satu sekatan jalan raya polis di sekitar kawasan Sungai Dua, Seberang Perai dan cuba melarikan diri dengan memecut kereta jenama Toyota Altis itu ke arah Plaza Tol Bertam dan melanggar palang pintu tol di situ dan terus ke Padang Serai.

Menurutnya setibanya di Padang Serai, kereta tersebut dikesan kereta polis yang mengejar mereka dan memintas kereta suspek menyebabkan kereta itu terbabas di tepi jalan dan kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis.

Beliau berkata, polis menemui 3.6 gram dadah yang percayai heroin dan 10 biji pil Eramin 5 daripada kedua-dua suspek berumur 27 dan 37 tahun, yang berasal dari Pulau Pinang.

Kedua-dua suspek akan ditahan reman esok.

Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa