suria

Polis Buru Kekasih Kerani Insurans Ditikam 15 Kali

SHAH ALAM: Polis sedang memburu kekasih seorang kerani kanan sebuah syarikat insurans , Rozanah Yusak, 35, yang maut ditikam sebanyak 15 kali di rumah sewanya di Desa Kepong, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis telah mengenal pasti suspek pembunuhan kejam itu dan sedang memburunya.

"Kami menemui beberapa petunjuk berkaitan dan sedang mengesan suspek yang boleh membantu menyelesaikan kes ini," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, Rabu.

Menurut Tun Hisan, polis telah merakam keterangan daripada empat saksi termasuk rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa.

Bagaimanapun, motif pembunuhan masih lagi disiasat.

"Kami turut menerima laporan perubatan dan mendapati 36 kesan kecederaan di badan mangsa dipercayai akibat pergelutan antara mangsa dan suspek," katanya.

Pada 21 Disember lalu, Rozanah ditikam sebanyak 15 kali dipercayai oleh individu dikenalinya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang.

Artikel Lain