suria

Enam Ditahan Bantu Siasatan Kes Pembunuhan Warga Bangladesh

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata lelaki itu yang ditemui mati dengan tempurung kepalanya pecah di sebuah tapak projek perumahan di situ, dipercayai maut akibat dipukul.

"Mereka semua ditahan petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui rakan sekerjanya yang mengangkut perkakas pembinaan di kawasan tersebut kira-kira 8.30 pagi. - BERNAMA

Artikel Lain