suria

Dua Belasan Tahun Mengaku Tidak Bersalah Cuba Merompak

KUALA LUMPUR: Dua remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan cuba merompak dan menyebabkan kerosakan kepada sebuah kereta milik seorang wanita di sini minggu lepas.

Muhammad Norazrin Abu Bakar dan Mohd Zuhairi Zunaidi, dituduh cuba merompak seorang ahli perniagaan wanita, Tan Yoke Chew, 58, dengan memecah cermin depan sebelah kanan keretanya dengan objek keras di persimpangan lampu isyarat di Manjalara, Kepong pada 2.30 ptg 23 Dis.

Bagi percubaan merompak, mereka dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Mereka juga mengaku tidak bersalah memecah cermin kereta Tan mengakibatkan kerugian RM300.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin meminta mahkamah menetapkan ikan jamin RM10,000 disertai seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Majistret Azmil Muntapha (ulang: Muntapha) Abas membenarkan ikat jamin RM7,000 tiap seorang dengan seorang pejamin dan menetapkan 27 Jan tahun depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Artikel Lain