suria

Dakwaan Pembantu Terima Rasuah Akan Disiasat - Muhyiddin

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya.

"Saya akan melihatnya. Saya akan meneliti apa jua yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya. Tapi sekarang saya tak akan mengulas lanjut tentang ini," katanya kepada pemberita di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, di sini, Selasa.

Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan seorang penulis blog bahawa pembantu tersebut telah menerima sogokan bulanan lebih daripada RM100,000, sambil menambah bahawa dia tidak menyedari sebarang salah laku.

Sementara itu, sebelum ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, negara ini telah melahirkan kira-kira 16,000 graduan dalam industri sains hayat dan berazam untuk mencapai 70 peratus pensyarah kedoktoran sebagai memenuhi keperluan pembangunan bioteknologi negara.

Beliau berkata, sektor itu perlu diberi penekanan, sambil menambah bahawa ia sudah pasti akan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Sektor ini pasti akan menjadi antara sumber utama pendapatan negara," katanya.

Kejayaan ini telah dicapai oleh kumpulan penyelidik UiTM dengan kerjasama BioNexus Partners (BNP) sekali gus meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.

BiotechCorp merupakan agensi pembangunan utama bagi industri bioteknologi dan telah menyumbangkan pembangunan kepada kira-kira 207 syarikat berstatus BioNexus di Malaysia, dengan jumlah pelaburan yang diluluskan lebih daripada RM2.1 billion.

Artikel Lain