NGO Sokong BN Perlu Lebih Lantang Bersuara: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usaha Barisan Nasional (BN) memperjuangkan kepentingan rakyat perlu lebih lantang bersuara dalam menyatakan sokongan mereka, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata banyak NGO di negara ini menyokong BN, bagaimanapun mereka lebih suka menjadi majoriti senyap dan bersikap "tunggu dan lihat".

"NGO penyokong pembangkang suka menjadi kumpulan minoriti yang lantang," katanya sambil menambah NGO yang menyokong kerajaan janganlah pula terlalu lantang sehingga menimbulkan kesan negatif.

"BN perlukan sokongan pelbagai pihak dan sokongan NGO kita lihat antara yang terpenting dalam perjuangan kita untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Muafakat 1Malaysia anjuran Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang dihadiri 15 NGO di sini, Isnin.

Ditanya adakah beliau melihat Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai NGO penyokong BN, Ahmad berkata Tengku Razaleigh merupakan kawan rapat BN.

"Tengku Razaleigh juga Ketua Umno Bahagian (Gua Musang) dan anggota Parlimen BN. Tanpa saya menyebut lanjut mengenai perkara itu, tentunya nama beliau adalah sebahagian daripada kepimpinan Umno dan BN," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad mengingatkan semua anggota Umno supaya melandaskan usaha memperjuangkan kepentingan rakyat kepada berdasarkan kekuatan parti dan bukan kelemahan parti lawan.

"Jangan bila kita tengok parti lawan lemah dengan pelbagai masalah dalaman baru kita hendak bergerak bantu rakyat dan jangan kita mendabik dada kerana kita lihat mereka lemah.

"Kita mesti sentiasa memperjuangkan rakyat setiap masa, bukan bermusim. Ini mesti kita utamakan bagi memastikan nasib rakyat terbela dan menyokong usaha kita," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain