suria

Banjir Melanda Sarawak, Tujuh Keluarga Dipindahkan

KUCHING: Beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di sini, dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi, berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kampung Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu.

"Menurut laporan daripada pihak Pejabat Daerah Samarahan terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun dipindahkan ke pusat penempatan banjir setakat ini," katanya.

Beberapa jalan kampung di pinggir bandar raya ini juga dilaporkan telah dinaiki air, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk agar berwaspada memandangkan keadaan hujan yang masih berterusan selain fenomena air pasang besar yang melanda pada sebelah petang. - BERNAMA

Artikel Lain