suria

Lagi Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Rompin

KUANTAN: Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin, namun jumlah keseluruhan mangsa sudah menurun kepada 618 orang setakat 4 petang ini berbanding 655 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata pusat pemindahan itu dibuka tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan 231 mangsa.

"Selain itu, seramai 247 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Pusat Ekonomi Bukit Serok (119) dan Balai Raya Kampung Rekoh (21)," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kesemua mangsa adalah penduduk dari 11 kampung di daerah itu.

Sementara itu, dua kampung iaitu Mentelong dan Denai terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air sejak tengah hari ini. Tiada kejadian banjir di daerah lain atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

10 Motosikal Terbakar Di Flat

Artikel Lain