suria

Prof Sahol Hamid Dilantik Semula Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM: Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Pelantikan semula Prof Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan Sabtu.

Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Motosikal Terbakar Di Flat

Artikel Lain