Polis Akhirnya Berjaya Tahan Wanita Sembunyikan 2 Kanak-Kanak - Semasa | mStar

Polis Akhirnya Berjaya Tahan Wanita Sembunyikan 2 Kanak-Kanak

GEORGE TOWN: Polis akhirnya berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai mengurung dan mendera dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang minggu lepas dan ditemui semula pada Jumaat.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan ditahan di rumahnya di Flat Padang Tembak di Air Itam di sini petang Jumaat.

"Hasil soal siasat terhadap wanita ini, dia mengaku telah mengurung dan mendera dua kanak-kanak berkenaan selama 10 hari di rumahnya," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat.

Kanak-kanak lelaki tersebut R. Dass, 7, dan rakannya D. Santiran, 8, dilaporkan hilang ketika bermain di kawasan permainan di flat yang sama yang didiami wanita berkenaan.

Mereka kemudiannya dilaporkan dihantar pulang dengan teksi pada Jumaat. Gan berkata, wanita tersebut ditahan hasil siasatan lanjut dengan kedua-dua kanak-kanak tersebut yang dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan kesihatan mereka.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan di hospital mendapati terdapat kesan lebam dan melecur pada bahagian badan dan kepala mereka yang masih ditahan di wad," katanya.

Beliau berkata, wanita berkenaan turut didapati positif heroin dan kini sedang direman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain