suria

Mayat Bayi Ditemui Di Pantai Sandakan

SANDAKAN: Mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui di pantai Kampung Sim-Sim dekat sini malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata bayi dipercayai berusia seminggu itu ditemui oleh orang awam berhampiran Jambatan 7 Rumah Murah di kampung itu.

Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat. Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain