suria

SPRM Bentuk Pasukan Khas Siasat Isu NFC

PETALING JAYA: Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafa Ali mengetuai sebuah pasukan khas bagi memberi tumpuan terhadap isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata pihaknya telah menerima laporan baru berkaitan NFC dan akan menyiasat dakwaan itu tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

"Kami telah bertindak dengan sewajarnya dengan mengumpul bukti dan kenyataan kerana isu ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Sebahagian besar daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru (terhadap NFC) telah diambil tindakan," kata kenyataan itu.

SPRM menegaskan pihaknya tidak dapat mendedahkan butir-butir siasatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009.

"Kami menyeru pihak tertentu untuk memberi kerjasama penuh mereka dengan tidak mempolitikkan isu-isu yang boleh menjejaskan siasatan kami," kata kenyataan itu.

NFC telah dikritik selepas Ketua Audit Negara, dalam laporan 2010 yang dikeluarkan pada bulan Oktober telah mendedahkan kelemahan projek penternakan lembu.

Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang mana isterinya adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Artikel Berikut

Artikel Lain