suria

Sharif Jajang Bebas Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu melepas dan membebaskan bekas anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Mohd Sharif Jajang, daripada pertuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lepas.

Hakim Yong Zarida Sazali berkata pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah.

Perbicaraan itu yang bermula pada tahun 2004 mendengar keterangan 32 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mohd Sharif, 68, melahirkan rasa syurkur dan mengucapkan terima kasih kepada peguam belanya Datuk Mohd Shafee Abdullah.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kedudukan awam bagi faedah dirinya, mengambil bahagian dalam mesyuarat jawatankuasa tanah daerah Sepang pada 16 Jun 1997 yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad, di mana beliau mempunyai kepentingan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulkarnain Hassan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain