suria

Mustafa Minta Hasan Jelaskan Tentang Pertemuan Rahsia

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya menjelaskan pertemuan rahsia beliau dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersama tiga individu lain di Hotel Le Meridien pada bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, jika Hasan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini, beliau tidak perlu menjelaskan tentang perjumpaan itu.

"Itu bukti kita tahu tentang pergerakan dia. Jangan ingat kita tidak tahu apa yang dia buat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Khamis.

BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI...

Artikel Berikut

Artikel Lain