Marang Dikenal Pasti Kawasan Jelapang Padi Kedua Di Terengganu - Semasa | mStar

Marang Dikenal Pasti Kawasan Jelapang Padi Kedua Di Terengganu

SETIU: Daerah Marang akan dijadikan kawasan jelapang padi kedua Terengganu kerana didapati mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk diusahakan dengan tanaman itu namun pada masa yang sama dibiarkan oleh pemiliknya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris yakin bekalan padi untuk menampung keperluan di Terengganu akan mencukupi sekiranya kesemua kawasan itu diusahakan.

"Saya pergi melawat daerah Marang baru ini. Saya tengok masih ada tanah terbiar sedangkan kemudahan asas hampir semuanya ada," katanya tanpa menjelaskan keluasan tanah terbiar itu.

Asa'ari berkata Terengganu kini terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduk negeri ini.

Katanya kawasan pengeluaran padi yang paling luas setakat ini di Terengganu ialah di Jelapang, Setiu yang melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta.

Beliau berkata mengikut perancangan, Terengganu memerlukan kawasan seluas 24,000 hektar pada tahun 2020 bagi tanaman padi untuk menampung keperluan dalam negeri.

"Yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini tanah-tanah padi di negeri ini sudah banyak bertukar menjadi tanah perumahan kerana ditukar syarat," katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan mengambil tindakan mewartakan tanah padi seperti hutan kekal supaya tanah padi itu berkekalan pada masa akan datang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MAS Tawar Menu Istimewa Bagi Krismas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain