suria

KPDNKK Rampas Perisian Komputer Cetak Rompak Bernilai RM266,100 Di P.Pinang

GEORGETOWN: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 97 keping cakera padat perisian komputer cetak rompak bernilai RM266,100 dalam serbuan berasingan di Butterworth dan di Bukit Mertajam semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK cawangan Pulau Pinang, M. Guna Selan berkata di sini hari ini, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai penguatkuasa menyerbu sebuah kedai menjual CD di Mak Mandin di Butterworth dan menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pengurus syarikat.

"Dalam serbuan pukul 3 petang itu, pegawai penguatkuasa menyita enam buah komputer dan empat unit pemprosesan data bernilai RM12,000, serta 21 keping CD perisian cetak rompak bernilai RM238,500," katanya.

Hasil siasatan daripada serbuan itu, pegawai penguatkuasa berkenaan menyerbu sebuah lagi kedai menjual CD di Bukit Minyak dan menahan seorang lelaki berusia 40-an serta menyita lima komputer dan tiga unit pemprosesan data bernilai RM10,000 dan merampas 17 keping CD perisian cetak rompak bernilai RM27,600. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain