suria

Tiga Setiausaha Politik Angkat Sumpah Di Hadapan PM

PUTRAJAYA: Tiga Setiausaha Politik baru mengangkat sumpah menyimpan rahsia, di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini Selasa.

Mereka ialah Wong Nai Chee, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran dan Seah Toong Choon, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan.

Nai Chee, 42, yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Hull, United Kingdom merupakan Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA.

Tugas barunya itu berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Mohd Nardin, 48, pula yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara memulakan tugas itu sejak 3 Oktober lepas.

Beliau sebelum ini merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seah, 55, memulakan tugas barunya pada 1 Julai lalu.

Beliau sebelum ini turut berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Kong Choo Ha ketika Kong menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain