suria

Polis Akan Panggil Saksi Kes Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri Dipukul

GEORGE TOWN: Polis akan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan kes seorang pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy yang mendakwa dicederakan seorang lelaki pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pegawai wanita berusia 24 tahun itu membuat laporan polis semalam mendakwa beliau ditampar oleh seorang lelaki sehingga cedera.

Katanya kejadian itu berlaku di Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah di Esplanade di sini dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Beliau berkata kes itu tiada kaitan dengan politik.

Pegawai itu dilaporkan meletakkan jawatan sebagai pembantu khas pada Isnin selepas insiden itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain