suria

Permohonan Khairy Gantung Fail Pindaan Pembelaan Dibenarkan

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak perlu memfailkan pindaan pembelaan dalam saman fitnah terhadapnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya dalam kes itu pada 8 Feb ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung pemfailan dokumen berkenaan sementara menunggu pendengaran rayuannya.

Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan Anwar meminda penyataan tuntutan dalam saman itu.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 Sept 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain