suria

PAS: Hasan Ali, Nasharudin Tolak Usaha Untuk Perbincangan

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberitahu, dua pemimpin parti tersebut, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali telah menolak usaha yang dibuat parti untuk berbincang mengenai isu membabitkan mereka.

“Mereka tidak bertindak balas kepada beberapa percubaan. Kami tahu mereka kecewa selepas tewas pada pilihan raya parti,” katanya pada sidang media yang turut disertai Timbalannya, Khalid Samad di sini pada Selasa.

“Isu tidak dicalonkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum tidak seharusnya menjadi satu isu. Mereka telah bersama kami selama ini dan tahu prosedur yang digunakan, namum masih mahu mempersoalkannya.

“Nasharudin menggempur hala tuju dan prinsip parti dan semua yang mereka katakan tidak mempunyai bukti kukuh,” katanya.

Nasharudin, bekas Timbalan Presiden PAS sebelum ini mendakwa pimpinan parti terlalu obses dengan matlamat politik dan telah meninggalkan perjuangan Islam.

“Kedua-dua Nasharudin dan Hasan perlu menyedari bahawa tindakan mereka akan memakan diri. Parti sudah kukuh dengan ahlinya,” katanya.

Dr Rani juga berkata, beliau menganggap Hasan sebagai ‘idolanya’ dan mendesak agar bekas Pesuruhjaya PAS itu untuk ‘berdamai’ semula dengan parti.

Khalid pula berkata, parti tersebut tidak akan mengambil tindakan terhadap Nasharudin atau Hasan kerana percaya kedua-dua mereka masih boleh ‘diselamatkan’.

Beliau menambah, pemimpin tersebut seharusnya mematuhi disiplin parti dan menerima keputusannya, termasuklah dalam menolak perbincangan mengenai perpaduan antara PAS dan Umno.

“Pucuk pimpinan tertinggi telah memutuskan bahawa ia mahu mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan dan ia seharusnya diterima oleh semua,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain