Nelayan Vietnam Diselamatkan Selepas Bot Karam - Semasa | mStar

Nelayan Vietnam Diselamatkan Selepas Bot Karam

PASIR PUTEH: Tujuh nelayan warga Vietnam diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APM) manakala seorang lagi oleh Pasukan Gerakan Marin selepas bot mereka karam dipukul ombak di muara Tok Bali.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tok Bali Komander Zainin Abdul Majid berkata kejadian itu berlaku sejurus selepas bot mereka cuba memasuki muara tersebut untuk mendaratkan ikan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 10 pagi.

"Ia berlaku 150 kilometer dari muara Tok Bali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat APMM di sini pada Selasa.

Semua mangsa yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Jeti Operasi APMM untuk diambil keterangan.

Zainin berkata ketika kejadian, bot mereka tidak dapat dikawal akibat dipukul ombar besar di Laut China Selatan dan taksiran kerugian dianggarkan kira-kira RM700,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Nasib Khir Toyo Diputuskan Jumaat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain