suria

Masa Depan Politik Hasan Ali Masih Ada

PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menyatakan bahawa pemimpin parti tersebut, Datuk Dr Hasan Ali masih mempunyai masa depan dalam bidang politik.

Beliau seperti yang dilaporkan oleh portal berita, MalaysiaKini berkata, PAS Selangor sedang berusaha untuk menyelamatkan dan bukannya mahu menghentam Dr Hasan yang kini sedang dilanda kontroversi.

Portal berita itu juga melaporkan Khalid sebagai berkata, pihaknya faham Dr Hasan berkemungkinan kecewa kerana tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk dipilih semula sebagai calon Gombak Setia.

Bagaimanapun, beliau menambah, perkara itu tidak seharusnya tidak merosakkan Dr Hasan.

Menurutnya lagi, PAS sentiasa mengiktiraf sumbangan Dr Hasan sebagai ahli kanan parti dan ada anggota yang bersedia mencalonkan beliau di kawasan lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain