suria

Lelaki Didakwa Menyamar Doktor

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, terhadap tuduhan menyamar sebagai doktor kepada seorang anggota polis minggu lepas.

Chew Poh Keong, 32, dari Batu Caves, dikatakan telah memperkenalkan dirinya sebagai Doktor Cheah Poh Keong dari Hospital Kuala Lumpur, kepada Khairul Izlan Ibrahim.

Chew dikatakan melakukan kesalahan itu depan sebuah bank di Dang Wangi, di sini pada 12.35 tengah hari Khamis lepas.

Tuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan memba wa hukuman penjara maksimum dua tahun atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain