suria

Filem Seram Lebih Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR: Dewan Negara diberitahu bahawa filem berunsur seram lebih mendapat sambutan penonton tempatan di pawagam berbanding filem dari genre lain.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata melalui rekod Skim Syarat Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), filem bertemakan seram telah mencatat jumlah kutipan yang agak tinggi.

"Sepanjang tahun ini contohnya, filem Hantu Bonceng telah berjaya meraih RM8.5 juta, filem Khurafat pula mencatat kutipan RM8.08 juta dan Karak RM4.2 juta," katanya ketika menjawab soalan Senator Ahamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain