Empat Anggota 'Geng Pok Su Wa' Diburu - Semasa | mStar

Empat Anggota 'Geng Pok Su Wa' Diburu

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya memberkas sepasangan adik beradik berumur 17 dan 21 tahun di Dusun Berliku Kampung La, Besut pada awal bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di sekitar Terengganu dan Pahang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata berikutan tangkapan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai dicuri serta beberapa peralatan seperti gerudi, kunci pendua, gergaji dan peralatan lain untuk mencuri kereta.

"Ekoran penahanan dua beradik itu, pihak polis berjaya menemui tiga buah kereta curi dan turut menahan dua orang lelaki pembeli kereta curi berkenaan," kata Manoharan dalam sidang akhbar di sini Ahad.

Berikutan itu, polis sedang memburu empat lagi suspek.

Kesemua mereka yang berasal dari Kuala Terengganu dan Besut dan berumur antara 46 hingga 27 tahun itu merupakan ahli kumpulan "Pok Su Wa". Menurut Manoharan salah seorang suspek yang diburu merupakan bapa kepada dua beradik yang ditahan itu.

"Kita percaya ahli kumpulan ini sangat profesional dan ini berdasarkan modus operandi kumpulan ini dengan membuka kunci pada bonet kenderaan sebelum menghidupkan enjin kereta".

Katanya, kesemua kenderaan itu dipercayai dicuri untuk dijual di kawasan pendalaman atau sebagai alat ganti kenderaan.

Manahoran meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain