Mahasiswa Turun Bendera PM Beremosi, Tidak Matang:Ketua Puteri Umno - Semasa | mStar

Mahasiswa Turun Bendera PM Beremosi, Tidak Matang:Ketua Puteri Umno

KUALA LUMPUR: Kononnya berhimpun untuk menuntut kebebasan, tetapi tindakan sekelompok mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas ternyata sangat beremosi dan tidak matang, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata dalam menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, kumpulan mahasiswa tersebut telah melakukan tindakan yang kurang ajar, biadap dan tidak menghormati orang lain.

"Biarpun mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu tidak ramai namun ia cukup untuk menggambar imej buruk mahasiwa secara keseluruhannya. Tindakan menurunkan bendera semata-mata mahu menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak rasional dan tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan juga berkata beberapa tuntutan yang digariskan kumpulan terbabit dalam memorandum yang diserahkan dilihat kurang berasas, antaranya memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Beliau menggambarkan tuntutan itu sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun kerajaan telah bersetuju untuk meminda Seksyen 15 AUKU sebagai lambang keterbukaan dalam memperkasakan suara mahasiswa.

Selain itu, tuntutan agar mahasiswa bebas menguruskan pilihan raya kampus juga tidak berasas kerana mereka sendiri tidak bersifat berkecuali dan akan terdedah kepada banyak agenda yang tidak sesuai dengan tujuan asal pilihan raya tersebut.

Rosnah berkata tuntutan golongan terbabit untuk menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengurus pilihan raya kampus juga dilihat agak pelik memandangkan kelompok pro-mahasiswa itulah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

"Puteri Umno percaya kesemua tuntutan itu hanya bersifat retorik. Bagaimanapun kelompok ini harus didekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik mereka yang mendesak," katanya.

Pada Sabtu lepas, lebih 300 mahasiswa daripada pelbagai pertubuhan termasuk Solidariti Anak Muda (SMM) dan Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), berarak ke PWTC untuk menghantar memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, terdapat peserta perhimpunan yang bertindak di luar batasan dan menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan menggantikannya dengan bendera perhimpunan mereka yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

KR1M Diperluas Ke Sarawak Mulai Tahun Depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia