KPDNKK Umum 13 Barangan Terkawal Sempena Krismas - Semasa | mStar

KPDNKK Umum 13 Barangan Terkawal Sempena Krismas

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Isnin mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Dis ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Dis di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau berkata senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Katanya harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33), daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).

Ismail Sabri berkata peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dengan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Bagi peniaga individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barangan terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat pula mereka boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 di bawah akta sama.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata harga barangan terkawal itu berbeza di negeri-negeri lain dan orang ramai boleh mendapatkan senarai harga untuk peringkat negeri dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Ismail Sabri berkata skim itu dilaksanakan bagi membolehkan pengguna memperoleh barangan keperluan di musim perayaan pada harga berpatutan, memastikan penguatkuasaan kawalan harga dijalankan dengan berkesan dan menyekat peningkatan harga yang melampau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KR1M Diperluas Ke Sarawak Mulai Tahun Depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain