Majikan Digesa Perkenal EAP Bagi Tingkat Tahap Kesihatan Mental Pekerja - Semasa | mStar

Majikan Digesa Perkenal EAP Bagi Tingkat Tahap Kesihatan Mental Pekerja

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini disaran untuk memperkenalkan Program Bantuan Pekerja (EAP) bagi meningkatkan tahap kesihatan mental pekerja di tempat kerja.

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye berkata model EAP telah terbukti memberi kesan terhadap peningkatan produktiviti dan prestasi pekerja.

"Masalah penyakit mental terutamanya yang berkaitan dengan tekanan jiwa di kalangan pekerja di Malaysia adalah merupakan perkara serius yang perlu diberi perhatian segera di tempat kerja supaya masalah seperti kemurungan, penyakit mental dan gangguan jiwa dapat dielakkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata isu kesihatan mental terutamanya di tempat kerja, harus diberi perhatian kerana produktiviti pekerja di dalam sesuatu organisasi bergantung kepada tahap kesihatan mereka.

"Pengabaian faktor kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja tetapi juga memberi kesan secara langsung terhadap kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi," katanya.

Menurutnya lagi, pendidikan dan promosi kesihatan mental yang bertujuan untuk mengekang peningkatan masalah psikososial di kalangan pekerja, adalah amat penting selari dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang maju.

Penyakit mental merupakan salah satu penyebab kepada peningkatan kadar kes bunuh diri di seluruh dunia dengan kekerapan satu kematian pada setiap 40 saat.

Di Malaysia kadar kes bunuh diri telah meningkat antara 19 dan 20 orang bagi setiap 100,000 penduduk berbanding lapan orang pada tahun 1980.

"Tiada negara atau individu yang terkecuali daripada masalah gangguan mental dan kesannya dari segi psikologikal, sosial serta ekonomi negara justeru kesihatan mental tidak boleh diabaikan sebaliknya diberi perhatian sama seperti masalah kesihatan yang lain," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain