suria

Lelaki Maut Dipukul Akibat Cemburu

ALOR SETAR: Seorang lelaki mati dipercayai selepas dipukul di satu kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena, Rabu.

Hamdan Saad, 54, dipercayai dipukul oleh dua lelaki akibat cemburu, kata polis.

"Selepas dipukul, mangsa sempat hubungi salah seorang anaknya sebelum anaknya pergi mengambil mangsa di ladang itu," kata pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Baharom Abu di sini Khamis.

Beliau berkata Hamdan kemudiannya dibawa pulang ke rumah di Pekan Langgar oleh anaknya sebelum keluarganya membuat laporan di Balai Polis Langgar dan dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.

"Mangsa yang tidak bekerja mengalami kecederaan di seluruh badan dan meninggal dunia awal pagi tadi," katanya.

Baharom berkata polis telah menahan seorang lelaki berumur 50 tahun dan anaknya berumur 22 tahun di rumah mereka di Pokok Sena. -BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain