suria

BN Tidak 100 Peratus Sempurna Tetapi Lebih Baik Berbanding Pakatan Parti Lain

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah parti yang 100 peratus sempurna tetapi ia jauh lebih baik daripada pakatan parti-parti politik lain.

Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung berkata, ini terbukti dengan kejayaan BN mentadbir negara sejak merdeka dan pencapaiannya.

Bagaimanapun, katanya, prestasi cemerlang BN itu masih ada ruang untuk dipertingkatkan terutama dalam hal pentadbiran dan peningkatan.

"Kerana itu saya ingin tarik perhatian pengundi-pengundi Cina jika mereka tersalah pilih (pada pilihan raya), kehidupan rakyat Malaysia akan banyak berubah.

"Apa yang kita ada hari ini adalah hasil kerjasama, perpaduan semua kaum di negara ini. MCA telah pilih untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam BN dan kami bekerjasama dengan baik dengan rakan seperjuangan kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan khas Anggota Parlimen Alor Setar kepada Kemas di Pejabat MCA Bahagian Alor Setar di sini, Jumaat.

Beliau yangjuga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pemimpin-pemimpin dalam BN adalah pemimpin sederhana yang boleh menerima cadangan-cadangan daripada pelbagai pihak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain