suria

Salahuddin Ayub Lawan Ibrahim Ali Di Pasir Mas?

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub diramalkan akan bertanding menentang Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Perkara itu dikeluarkan oleh akhbar harian berbahasa China, Sin Chew Daily dan turut disiarkan di laman portal berita MalaysiaKini pada Rabu.

Sin Chew Daily yang memetik sumber juga melaporkan bahawa jawatankuasa perhubungan Pas telah melengkapkan senarai awal calon-calon parti yang akan bertanding dan telah dikemukakan kepada Majlis Syura parti untuk mendapatkan keputusan yang muktamad.

Ibrahim telah memenangi pilihan raya umum di kawasan tersebut atas tiket Pas sebelum mengumumkan dirinya sebagai bebas dan menubuhkan PERKASA yang cenderung menyokong Barisan Nasional.

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain