Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia Tidak Perlu Beri Akaun Bank - Semasa | mStar

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia Tidak Perlu Beri Akaun Bank

KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.

"Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka," katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Lim berkata sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.

Beliau berkata borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lepas, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lepas dan tarikh akhir menghantar borang adalah pada 10 Jan tahun depan (2012).

Maklumat lanjut mengenai BR1M juga boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini pihaknya akan 'turun padang' Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M.

Mohan berkata Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang.

"Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang.

"Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa yang tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini," katanya..

Pada pembentangan Belanjawan 2012 Okt lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada seorang lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah, dan berpendapatan kasar isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Mohan meminta Kementerian Kewangan mengadakan talian khas dalam bahasa Tamil bagi memudahkan kaum India memahami tentang BR1M.

"Sekiranya ada bahasa Tamil lebih senanglah masyarakat India memahami cara memperoleh bantuan itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain