suria

Najib Terima Kunjungan Pegawai Kanan Pentadbiran Obama

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat William J. Burns di sini hari ini.

Burns berada di sini bagi lawatan kerja dua hari.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan Duta Besar Amerika ke Malaysia Paul W. Jones.

Terdahulu, Burns menemui Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay di Wisma Putra. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain