suria

Banjir Di Pahang Pulih

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang telah pulih dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari Khamis.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, mangsa banjir terakhir yang dibenarkan pulang terdiri 30 orang daripada lapan keluarga di sini dan di Raub.

Di Kuantan mangsa seramai tujuh orang daripada dua keluarga telah ditempatkan di Balai Raya Kampung Pahang manakala di Raub pula 23 orang daripada enam keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Gali Tengah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain