suria

Banjir Di Pahang Makin Pulih

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya 30 mangsa sahaja masih ditempatkan di dua daerah yang terlibat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata dua daerah yang masih terlibat ialah Kuantan dan Raub.

"Daerah Kuantan hanya melibatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Pahang manakala daerah Raub 23 orang daripada enam keluarga di Balai Raya Kampung Gali Tengah," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata kesemua mangsa dijangka dibenarkan pulang hari ini selepas keadaan kembali pulih. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain