Timbalan Setiausaha Negara AS Lawat Malaysia Esok - Semasa | mStar

Timbalan Setiausaha Negara AS Lawat Malaysia Esok

KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat William Burns dijadual melakukan lawatan rasmi ke Malaysia esok.

Kedutaan AS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Burns akan mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pegawai kanan dan pemimpin-pemimpin lain Malaysia.

"Lawatan beliau menunjukkan komitmen AS untuk memperkukuh perkongsian kerjasama dengan Malaysia," tambah kenyataan itu.

Burns sedang melakukan lawatan rasmi ke India dan Asia Tenggara sejak Sabtu lepas.

Hari ini, beliau berada di Hanoi, Vietnam untuk pertemuan dengan pucuk pimpinan negara itu dan membincangkan perhubungan strategik antara dua negara itu.

Burns dilantik ke jawatan sekarang Julai lepas dan sebelum itu dari 2008 hingga 2011, berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian bagi Hal Ehwal Politik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain