RM1 Juta Bantu Pesakit Kronik Kurang Berkemampuan Biayai Kos Rawatan - LZS - Semasa | mStar

RM1 Juta Bantu Pesakit Kronik Kurang Berkemampuan Biayai Kos Rawatan - LZS

KUALA LUMPUR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pesakit Kronik dan Kecemasan sepuluh buah hospital kerajaan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohamed Izam Mohamed Yusof berharap bantuan itu dapat membantu meringankan kos rawatan pesakit kronik kurang berkemampuan yang berasal dari Selangor, serta membantu pembelian peralatan perubatan yang diperlukan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian wang zakat itu kepada Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar di Hospital Selayang di sini hari ini.

Hospital terbabit terdiri daripada Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Jantung Negara, Hospital Kajang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan setiap hospital menerima RM100,000.

Dr Azman berkata bantuan zakat kepada pesakit yang tidak berkemampuan ini membantu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke arah memberi perkhidmatan dan rawatan yang lebih holistik dan komprehensif.

"Dengan bantuan ini, ia membantu melancarkan perkhidmatan dari semua aspek fizikal, psikologi, spiritual dan sosial pesakit. Keprihatinan pihak LZS ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kerisauan kos perubatan pesakit," katanya.

Beliau berkata wang zakat itu akan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk disalurkan kepada pesakit kronik kurang berkemampuan, serta menambah peralatan hospital yang diperlukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain