suria

Penerima Bantuan Kewangan JKM Layak Mohon BR1M

KUALA LUMPUR: Penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menjadi ketua isi rumah layak memohon bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Golongan itu merangkumi lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dan warga emas yang tinggal sebatang kara, katanya dalam kenyataan hari ini.

"JKM telah mengambil tindakan proaktif dengan mengemukakan senarai penerima bantuan bulanan JKM kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.

Pada pembembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 bagi meringankan beban keluarga bagi mereka yang berpendapatan kasar isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Borang permohonan BR1M telah diedarkan secara percuma bermula Sabtu lepas di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi kerajaan serta lobi utama Kementerian Kewangan di Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain