suria

Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan

KUANTAN: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang berkurangan kepada 686 orang pagi Rabu.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga jam 8 pagi ini, mereka yang masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan terdiri daripada 153 keluarga dengan jumlah seramai 686 orang bagi tiga daerah iaitu Kuantan,Rompin dan Raub.

"Di Kuantan hanya tinggal 88 orang mangsa yang terdiri daripada 17 keluarga dari empat buah kampung dan semua mangsa ditempatkan di empat buah pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Manakala di daerah Rompin, seramai 114 keluarga dengan jumlah seramai 480 orang ditempatkan di pusat pemindahan.

"Ia melibatkan empat buah kampung dan semua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan daerah berkenaan," katanya.

Sementara itu, terkini mangsa terbaru banjir di daerah Raub, seramai 118 orang terdiri daripada 22 keluarga dipindahkan sejak tengah malam tadi berikutan banjir kilat.

"Mereka yang dipindahkan dari dua kampung ke dua buah pusat pemindahan," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain