suria

Majlis Keusahawan IPT Nasional Dilancarkan

KUALA LUMPUR: Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional hari ini dilancarkan bagi memantap dan meningkatkan usaha dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan penuntut di sektor pengajian tinggi negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara peranan majlis itu adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan budaya keusahawanan di pusat pengajian tinggi dan membantu menyediakan ekosistem keusahawanan yang kondusif.

"Kami harap majlis itu akan menjadi penghubung antara akademik, industri, usahawan dan agensi relevan dan mampu menyelaras pendidikan keusahawanan sejajar dengan dasar kebangsaan," katanya semasa melancarkan inisiatif itu sempena seminar Keusahawanan Dalam Pendidikan Tinggi: Meningkatkan Daya Saing dan Daya Ketahanan di sini.

Mohamed Khaled juga mengumumkan penubuhan Rangkaian Usahawan Muda (AYEnet) sebagai instrumen kepada usaha-usaha Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dalam memacau dan membangunkan kumpulan penyelidik muda Malaysia dengan kualiti keusahawan.

"AKEPT akan memastikan AYEnet akan terus membantu semua pusat pengajian tinggi melihat bidang keusahawan secara holistik supaya menggalak dan menjual kepakaran masing-masing dalam bidang berkepentingan...oleh itu mereka boleh menyumbang kepada pembangunan modal insan serta pembinaan negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain